Monday, September 28, 2015

1st Miscarriage - 21 April 2015 : Complete Miscarriage

Dah lama betul tak update blog. Sekarang nak update, terus keluar cerita sedih. Sedih, sangat sedih!! Bersedialah nak baca karangan panjang aku tanpa gambar.

Hari ni hari ke-2 aku berpantang. Berpantang tanpa baby. Berpantang sebab keguguran. Keguguran kali ke dua untuk tahun ni. Keguguran kali pertama pada 21 April 2015, dan kedua ni semalam, 27 September 2015. Selang beberapa bulan je. Sebelum tu, 2 tahun aku kosong. Kosong tanpa ada apa-apa kehamilan.

1st Miscarriage - 21 April 2015 : Complete Miscarriage
Aku tau aku pregnant masa tu betul2 sehari sebelum aku ke Medan, Indonesia - 26-0-2015. Selalunya kalau kami nak travel ke mana2, memang aku kat beli UPT untuk check pregnancy walaupun aku baru lepas abes period. Tapi masa tu period aku dijangka akan datang masa aku kat Medan so time aku check tu memang period tak delay lagi dan aku check UPT petang so kadar hsg mungkin rendah nak detect pregnancy, tapi keputusan nya.....POSITIF! Happy tapi risau. Yelah sebab ko nak travel esoknya, tetibe pregnant plak. Cane tu? So kami terus ke Klinik Idzham. Doc x check urine pun, die just tgk UPT yg aku bwak and advised, uolls boleh pegi travel cam biasa cuma kena berjaga-jagalah. So, sepanjang aku kat Medan, aku memang jaga makan dan jaga pergerakan. Aku ada muntah 2x masa otw nak ke Lake Toba sebab jalannya macam ular, berpusing-pusing. Yang lain rasanya tak de apa sgat sebab kat Medan ni tak la byk sgt berjalan sebab supir hantar tempat kat depan mata semuanya. 

Balik KL, semuanya normal. Aku dah tak pakai high heels, keje rumah usben buat sampaikan nak tuangkan air dari kettle pun usben yang buatkan. Punyalah jaga. Tapi, mungkin jodoh dengan little khalifah dalam rahim aku ni tak panjang. 

16-04-2015 - Khamis, aku MC sebab demam, masa tu jugak ada keluar spotting kaler coklat. Tak banyak pun. Masa nak amek MC tu, doc buat ultrasound skali, dia kata janin masih dalam rahim tapi muka dia mcm lain mcm. Aku tanya ada heartbeat tak? Dia kata belum ada lagi. Masa dia tunjuk kantung tu dia kata kantung sebelah vagina. Masa tu aku x tau apa maksudnya. Bagi aku asalkan dia kat dalam rahim, means dia ok. Doc takut spotting tu tanda2 nak gugur, aku tersentak. Pastu dia bagi Dhupaston untuk kuatkan rahim, In sya Allah dapat membantu. Esoknya, Jumaat aku pegi keje, dah terus keluar darah. Kat opis lak tu. Aku pikir positif lagi masa tu sebab ada je org pregnant tapi keluar darah. Tapi lepas di nasihatkan oleh akak opis, deyorng suruh pegi check doc terus sebab takut sebab lain. So usben terus bawak ke Hosp. Pantai, Bangsar - Emergency Room. Tapi sayangnya doc tak dpt check sebab doc Gynae xde masa tu, so dia suruh makan Dhupaston je and dia inject untuk kuatkan rahim. Dapat MC sampai ari selasa (21/04/2015). Dapat MC tu aku Bed Rest je, tak buat apa2. 

20-04-2015 - Isninusben suggest pegi check dgn pakar (sebelum tu aku tak terpikir langsung nak check dgn pakar), so dia dah buat appointment hari selasa (esoknye) kat Hospital Kg. Baru. 

21-14-2015 - Selasa. Appointment kat Kg. Baru kol 12 p.m dengan Doctor **. Masa nak scan kat perut, doc tak nampak, mungkin sebab ada kesan jahit masa aku Ectopic dulu. So kena scan through Miss.V. Tengok punya tengok, doc cakap kantung baby aku tu dah tak serupa kantung. Dah bocor/leper/tak normal. Jadi resultnya, kandungan aku tak menjadi. Aku pandang muka usben, terus aku menangis. Tak boleh control lagi dah. Usben aku pun nampak frustrated. Tapi siapalah kami nak melawan takdir Allah. Nak tak nak kena terima juga. Kena redha. 

So, doc suggest untuk buat D&C. 1st time aku dengar perkataan tu. D&C tu kalau melayu kita selalu sebut 'Cuci'. Cuci untuk buang atau kosong kan rahim. Kami tanya jugak kat Hosp Kg. Baru tu, berapa costnya? Almost RM3k. Mak aaai. Sayang pulak duit, yela kalau nak selamatkan baby tak pe la, ni nak buang dia. So, kami survey kat tempat lain. Singgah dekat Hosp. Damai, Melawati - RM1800. Sambil pusing2 cari Hospital, aku bukak blog2 orang lain. Ada yang suggest buat kat Hospital Naluri, Wangsa Maju. Kami terus ke sana. Tanya kat counter tu berapa cost D&C, dia kata around RM1500 - RM1800. Usben kata boleh lah, lagi pun tak jauh dari rumah. Petang tu jumpa doc dia dulu untuk confirmkan. Dia scan lagi sekali, and resultnya sama..kena D&C. So Doc schedule buat terus esok pagi. Tapi nak dijadikan cerita, malam tu jugak kantung dah keluar. Masa nak keluar tu, sakitnya tuhan je yang tahu. Sakit sangat. Dan sepanjang malam tu aku rasa sakit sebab darah makin banyak keluar.

22-04-2015 - Rabu. Plan nak D&C tetap diteruskan. Yela, mana tau ada darah2 yang tertinggal, itu apa yang aku dengan usben pikirlah. So, pagi tu usben hantar kat Naluri. Nurse datang masukkan ubat kat Miss.V untuk lembutkan rahim (kot). Masa nurse datang tu, aku bgtau dia yang malam tadi kantung dah keluar. So dia terus update kat Doc. Doc kata nak scan lagi, bila scan doc kata dah tak ada apa dalam rahim, tak yah buat D&C. Pulak dah. Aku ingat kena buat jugak, yelah takut ada yang tertinggal tapi doc insist kata tak yah buat. Oklah, end-up tak buat D&C. Doc bagi MC 2 minggu untuk rehat and advised tunggu 3 bulan kalau nak plan for next pregnancy.

0 comments:

Post a Comment